Lama aku tak menulis blog ni. Cerita kat atas ni pun aku tak sempat nak habiskan. Dan banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan aku tak mendekatkan diri dengan internet. Jadi, aku pendekkan cerita dari hari ketibaan aku ke KL malam tu.
Aku sampai di KL pukul 6.30, termasuk rehat, dan sarapan kat restoran jejantas Sungai Buloh. Ye, plan memang nak ke KL, tapi tiba2 rasa rindu pada kampong halaman, aku dan An meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Zatil? Dia pun follow, tapi oleh kerana dia duduk kat Mersing, so dia amik jalan keluar kat Tangkak. Aku dengan Raihan keluar ikut Air Hitam. Sebab? Ada pasar malam kat Maktab.
So aku pon lepak la kat pasar malam, dan An terus balik rumah. Lepak pun sebab gerai tu gerai abang Lala, so aku tolong2 jek. Kadang aku dapat upah rm10 ke apa. Lepas jugak duit rokok. Abang dia memang sempoi! Thanks abg jan! eh, abg ali jugak!
Ramai jugak yang memuji kelawaan moto aku. Maklumlah, moto baru keluar, kena pulak limited edition yang takde jual kat Malaysia. Ramai orang yang kata aku sengal beli motor yang baru keluar macam tu. SParepart susah. Nak overhaul mahal. Aku pun tau. AKu mekanik bai… Tapi aku pakai motor ni buat belajar. Zaman rempit aku dah tamat. Biarlah penjualan EX-5 aku menjadi sempadan antara aku dengan rempit.
Aku duduk kat Batu Pahat sampai hari Ahad. Sibuk jumpa kawan-kawan. Lala ajak aku pegi tengok Rush Hour 3 pun tak sempat aku nak ikutkan. Kawan-kawan tengah cuti, so aku amik peluang ni untuk jamming, dan berjalan-jalan. Tapi ke mana pun, aku bawak Lala jugak. Selalu kena bising dengan mak dia tak elok kalau keluar selalu sangat, bawak perempuan naik motor. So kadang-kadang tu terpaksa la aku bawak kereta arwah atuk kat rumah tu. Kadang-kadang van ayah. Hahahaha~
Sabtu tu An nak pinjam motor aku balik KL, so kitorang tukar pakai motor, since aku pun nak ke KL esok harinya. Apa la sangat tukar pakai sehari. Boleh jugak try pakai motor besar sikit sehari. Ahad tu aku pulak gerak ke KL dengan Rahimi (lagi sorang member baik aku, teman seperjuangan zaman STPM). Sampai kat KL, aku terus gerak hantar dia ke UiTM Shah Alam. Untuk hari tu, aku rehat kat rumah sewa An zaman kolej dulu, kat Gombak. Taman Batu Muda kalau tak silap. Sebab budak-budak rumah dia kaki jamming, malam tu kitorang sempat la jamming. Aku ingat lagi lagu yang aku main, sebab itulah kali terakhir aku rasa aku boleh jejakkan kaki kat studio jamming…
a. Muse – Time is Running Out
b. Muse – Starlight
c. ACAB – Where have all the Bootboys gone.
d. ACAB – Street of Uptown
e. Greenday – Wake Me Up When September Ends
f. Greenday – Boulevard of Broken Dreams
g. MCR – I don’t love you
h. MCR – I’m not okay
Tido pukul 7 pagi, so aku bangun dalam pukul 3. Sedar diri dah lambat sebab nak balik Perlis jap jumpa ibu dengan yang (adik aku no 3), dengan pantas aku pegi mandi dan siap-siap. Dah start motor tu, glove aku pulak hilang. Entah mana la. Jadi aku teruskan jugak perjalanan ke Perlis. Aku bawak selaju mungkin. Dalam perjalanan, ada beberapa orang mamat naik LC follow aku, aku layankan je sampai diorang tak boleh kejar. Come on, injection beb. Nak kejar dengan LC korang, tak payah la…
Sampai kat Penang dah maghrib. Lepas Juru, aku isi minyak jap kat Shell tepi jalan.
“Bang…”
Aku tengah isi minyak. Mamat ni dating dari mana pun aku tak tau. Aku tengok je dia dengan muka pelik.
“Saya ni nak balik Penang bang. Nak isi minyak, tapi saya tak jumpa beg duit saya. Bole mintak 5 ringgit tak bang. Nak bayar saya boleh bayar double. Saya masukkan dalam akaun bank abang. Terdesak ni bang…”
“Ko maen ganja pe bai?” Aku tanya, saje nak puaskan ati.
“Sumpah tak bang. Isi minyak je. Kalau tak pecaya, abang bayarkan, saya isi minyak. Abang nak balik mana ni?”
“Perlis. Nape?”
“Hah, kalau abang nak saya bayar on the spot, kita singgah rumah saya jap. Rumah saya kat seberang perai bang, tak jauh je lagi.”
Aku tengok motor dia, Honda EX-5, tengah parking betul2 sebelah pam. Ada beg besar-besar. Mamat ni legit kot. Tak macam tipu. Aku pun hulur la rm5. Aku cakap tak payah bayar balik, tapi aku cakap jugak, “lain kali kalau ada orang mintak tolong camne ko mintak tolong kat aku, tolong la. Mungkin dia betul-betul terdesak macam ko.”
Mamat tu cakap terima kasih kat aku, dan aku usha jek, memang dia isi minyak. Alhamdulillah, tambah pahala aku. Aku bawak motor dan meneruskan perjalanan. Pinggang saket, ngantuk pun ada, tambah takut nak tengok cermin sebab housemate An tunjuk video seram gila pasal cermin. Aku buat keputusan untuk berhenti kat USM, tido satu malam. Esok pagi-pagi aku gerak.
Dan esok paginya aku gerak. Aku terpikir nak sarapan dulu, atau terus chow. Aku buat keputusan untuk gerak. Rindu rasanya kat rumah. Aku pun mandi cepat-cepat dan terus jalan.
Malang tak berbau macam kentut. Aku tengah bawak motor kat flyover ke jambatan, tiba-tiba ada kereta langgar aku dari belakang. Kereta tu kaler hitam. Dia nampak macam nak berhenti, tapi tiba-tiba pecut terus. Aku pulak jatuh terhentak kat divider jalan. Tulang belakang aku patah, dan aku tak mampu nak bangun. Aku tunggu orang tolong, tapi sedih melihatkan sikap orang Penang. Tengok aku daripada kereta macam pegi Night Safari kat zoo Taiping sambil naik train.
TO BE CONTINUED….
